di tasik kenyir, lazimnya toman dan sebarau giat diburu. bila malam menjelma, baung dan belida pula disasarkan. 20 tahun semenjak kenyir dibuka kepada umum, inilah satu-satunya formula yang menjadi amalan pemancing disini. namun tidakkah korang kecewa dengan habuan yang semakin merundum? seharusnya korang tak boleh berharapan tinggi seperti mana 10 tahun dulu. kalau dulu, toman 6kg adalah matlamat utama, skarang ni 3kg kalau dapat pun dah cukup hebat. kalau dapat yang lagi besar dari tu, itu susah dikira BONUS.
satu lagi cara untuk menghilangkan rasa kecewa ialah dengan mencari ikan lain agar dapat memujuk hati yang duka lara. pernah tak korang dengar nama ikan lalang?? ikan lalang (chela anomalura) walaupun kecil dan hanya boleh mencecah saiz maksimum 20cm, tapi boleh menyeronokkan sesiapa sahaja.. terutamanya yang baru kenal pancing.
diet ikan lalang ni agak komplek ikan ni lebih kurang ikan seluang, sukakan serangga, roti dan juga nasi. nak cangkuk nasi kat mata kail?? pandai-pandai la korang pikirkan bagaimana. tapi umpan terbaik adalah ikan pusing; ikan bilis air tawar. ikan lalang senang dipancing pada waktu malam dan lokasi terbaik adalah di tepi resort je. cahaya lampu yang di pasang atas rakit tepi resort akan menarik perhatian pelbagai jenis ikan sama seperti kat laut.
ikan pusing; orang tempatan yang kasi gelaran kat ikan tu sebab ikan ni suka sangat berpusing-pusing bawah cahaya lampu kalimantang yang dipasang dekat dengan permukaan air. muncul je ikan pusing, ikan lalang ni akan menyerang hendap dari kawasan gelap (taktik gerila). ikan pusing utk dibuat umpan senang sangat ditangkap. perhatikan arah dia berpusing pastu tanggguk la arah bertentangan renangannya. sekali sauk berpuluh yang masuk dalam sauk... syok woooo.
sama ada umpan kita tu hidup atau mati, ikan lalang ni cukup cukup pantang jumpa ngan ikan pusing (musuh tradisi dia agaknya kot), jumpa je makan, jumpa je makan. kalau nak layan, korang pakai la set joran pancing udang bertalikan 6lbs ke bawah. mata kail boleh diikat terus atau letakkan ladung saiz 1 atau batu kapit (tujuan kasi cepat skit tenggelam), yang penting mata kail mesti la kecik dan tajam. kalau tak tajam sori la beb... melepasssss
cara pasang umpan sama macam cangkuk ikan bilis laut tu. tembuskan mata kail pada mata ikan pusing utk ikan yg dah mati, kalau hidup kesian dia jadi Kassim Selamat pastu hulurkan kaat bawah sinaran lampu kalimantang tu. ikan lalang ni selalu berlegar-legar di merata tempat dan paras kedalaman, tapi spesimen yang bersaiz bagak selalu bersembunyi di kawasan yang gelap dan dalam, manakala yang kecik-kecik berkuasa di permukaan air.
populasi ikan lalang kat kenyir sangat tinggi. korang boleh mancing berjuta ribu ratus ekor ikan ni. kalau dapat ikan yang kecik lepas kan la balik, jangan korang rembat jugak, sian mak bapak ikan tu. walaupun ikan ni ada bau hanyir tahap maksima, tapi kalau digoreng begitu sahaja pun sodappp. kasi cantas kepalanya, letak sikit serbuk kunyit ye puan-puan dan gorengggg. waduhhhhh enaknya ikan lalang ni, kalau tak pecaye, try test la!!
Tuesday, July 12, 2005
T.A Jalli open table
terima kasih buat T.A Jalli sebab open table kat restoran 2000 setiawangsa sebab dia dapat keje ngan syarikat FUGRO. wah lepas ni lebat la poket kau ngan not not pound sterling ek T.A Jalli. Tahniah utk kau. 7 orang budak budak nakal makan pree semalam sempena meraikan pemergian ko ke Saudi nanti. Raje, Phaok, Ajit, Ca'a, Dato' Bahaman Jemay dan siapa lagi kalau bukan aku; Khal.
pecah n boncit perut sebab makanan tak henggat banyaknya.. ngalahkan kenduri nikah kawin..!! adusss rasa macam nak terkluar balik dibuatnya. air minum dah macam 1 jag sorang. dah settle semua makanan rasa cam tak cukup... tambah pulak dengan satay... memang penderaan secara halus kau buat pada kami T.A Jalli.
apa pun aku nak ucapkan selamat dunia akhirat utk kau.. keje bagus bagus, kalau dapat awek awek cun tu jgn lupa kenalkan dia orang kat kami, ahaksss.. balik malaysia nanti jgn le lupa dtg jenguk member-member ko kat sini..
pecah n boncit perut sebab makanan tak henggat banyaknya.. ngalahkan kenduri nikah kawin..!! adusss rasa macam nak terkluar balik dibuatnya. air minum dah macam 1 jag sorang. dah settle semua makanan rasa cam tak cukup... tambah pulak dengan satay... memang penderaan secara halus kau buat pada kami T.A Jalli.
apa pun aku nak ucapkan selamat dunia akhirat utk kau.. keje bagus bagus, kalau dapat awek awek cun tu jgn lupa kenalkan dia orang kat kami, ahaksss.. balik malaysia nanti jgn le lupa dtg jenguk member-member ko kat sini..
Monday, July 11, 2005
percubaan demi percubaan
test link - http://jurnal.biz
test quote -
hari hari makan lemang, sampai muka ni pun dah nak jadi cam lemang....
test kaler - merah biru ijo itam kuning
jgn maraaaa aaa...
perasmian khal.blogspot
jeng jeng jeng... assalamualaikum dan salam sejahtera... hehehe... uhukk uhukk uhukkkk... dengan titik peluh sendiri walaupun pembikinan blog ini tidak mengeluarkan peluh sebab berada di atas kawasan pergunungan Kilimanjaro, sejuk tuh, mana leh kluar peluh... dengan ini saya khal melancarkan khal.blogspot dengan ucapan selalu-selalulah menjenguk blog saya ni kalau nak tau serba sedikit pasal ilmu-ilmu memancing yang ada dalam kepala hotak saya ni.. hehehe.. jgn lupa ek...
Subscribe to:
Posts (Atom)

