Thursday, August 25, 2005

cakap cakap

tak rugi kalau
- amalkan konsep tangkap dan lepas demi menjaga pembiakan spesis dimasa-masa yang akan datang.
Salim : susah sangat ke nak pratikkan amalan tu ??
Khal : (dalam hati) Ni la yang aku hangin satu badan ni kalau datang mancing ngan editor majalah, asyik nak lepas aje ikan yang aku dapat!!.. nak harapkan dia, anak berudu pun tak nampak kelibat

dah pasti rugi kalau
- tak amalkan konsep tangkap daan lepas kerana dimasa-masa yang akan datang kita akan kehilangan padang-padang pancing untuk merialisasikan impian kita utk bertarung dengan spesis-spesis dari kalangan predator seperti kelah, toman, haruan dan sebagainya.
Khal : Kalau setakat nak mancing ikan seluang, tak la aku beli set pancing yg mencecah ribuan ringgit nih!!! waaa!!! jatuh rugi!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

khabarnya
- sentiasa pulang dari memancing dengan hasil yang diperolehi lebih utk makan sebulan
Milah : Besarnye!!!... ikan apa ni bang ??
Rais : Ini la namanya ikan seluang buluh, raja ikan kat lautan sana. nak naikkan ikan ni abang bertarung hampir lima jam, bagai nak putus urat lengan abang nih!!

rupanya
- dah berpuluh kali turun laut, tak pernah dapat hasil
(kat pasar ikan) Rais : Ikan yang besar ni berapa ringgit sekor bang?!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menggigil lutut lutut

petang semalam on the way nak balik umah moto aku rosak lagi... karburator dia meragam, terpaksa menolak moto lebih kurang 100 m utk sampai ke rumah. fuhhh!! penatnye jgn cerita la.. dah la berat nak mampos moto tu, lagi pun dah lama betul tak tolak moto. yang aku sedihnye, takde sorang umat di muka bumi ni nak tolong aku time aku jadi cenggitu.. uwaaa rasa hampeh je waktu tu. time tgh layan tolak moto sengsorang, menggigil lutut dibuatnya.. ade sorang pakcik tgh jalan kaki tegur aku "haa.. apasal tu?" "moto habis minyak pcik." warghh kah kah kah cover malu woo takmo cakap karburator rosak...
 
berkenaan dengan blog si tipah saja aku 'paste'kan lirik lagu XPDC - Tangis Darah. bukannya apa pun saje je kasi komen pasal hati pedih tu. pstttt... memang hati aku skang ni tengah pedih pun.
 
Datang musim bercinta
Entah asal mana
Hadir satu daya
Mencipta seri maya
Untuk melamar hati sang pemuja

Menjelma rindu bagai lalang-lalang
Kau pun di susuk hilang pertimbangan

Mula menyimpan dendam
Mencari ilham
Lepaskan geram
Kau tiraikan kaca diri
Kau lenyapkan erti suci

Di pintu gua kau tenunkan sarang yang sempurna
Menggoda mangsa yang leka seketika

Aku yang bosan kesepian
Mengintai ngintai persinggahan
Mana tahu jadi kawan

Ku telan saja luahanmu
Tak periksa lintasan ku
Yang berkata kemungkinan kau berdusta
Kau ikut buta perasaan
Biar jiwa ku dah kesan
Senyumanmu ternampakku permainan
Ku yang dahaga
Dah tak kira akibatnya
Apa saja Esok lusa
Luka parah
Tanggis darah
 
esok aku cuti sbb nak pegi Besut, mancing. yaaaahoooo. hari isnin depan outstation ke Kelantan kena mbik gambo area Bachok. Arghhh!!! tak suka nye aku pegi sane!!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

Wednesday, August 24, 2005

berpinau

hmmm.. pening sorang sorang aku dari tgh hari sampai la ke petang ni... asyik dok tgk coding html... berpinau mata biru ku ini.. ahkss

keh keh keh.. ape la punya coding ni.. kasi la senang sikit. kalau suh buat aerial photography tu aku reti la...

enyway siap jugak blog aku yg simple nih.. mana yg tak lengkap karang karang aku baiki.. buat sengsorang beb.. mana ada owang lain tolong... dah kira cukup bagus le ni...

Monday, August 15, 2005

interface yang baru

hehehe saje je tukar interfce tu... yg dulu tu cuba cuba jek...
skang ni tukar yg ni sebab interface yg baru tgh dibuat... ade pening skit ngan interface yang baru ni...

Bintulu

muehehe dah lama gile tak update blog nih.. sorry ek bukannya apa pun kat Bintulu tuh susah nak carik cyber cafe... kalau pub tu berlambak la. sana sini sinun ada pub... kat dalam pub mana ada online pc!! tu yang tak ber update blog ni... skarang ni baru la dapat nak update semula.. 3 minggu kat Bintulu tak banyak aktiviti yang aku lakukan selain joging kat landasan airport Bintulu yang lama tu.. macam keje dan makan angin pulak aku rasa time aku ke bintulu nih.. mana tak nya cuaca kurang bagus untuk keje yang aku buat. ini la keadaan cuaca yang berawan dan menyukarkan aku untuk menyiapkan keje yang ditugaskan. 1st time aku di Bintulu boleh kukatakan Bintulu salah 1 bandar yang berhampiran ngan laut dan mempunyai struktur jalan yang bagus... tak macam bandar yang lain.. jalannya banyak yang rosak dan bertampal-tampal.. tapi yang tak beshnya makan memang ada susah sikit aar nak carik. kena jalan jauh sikit baru leh dapat makan sedap. nak taknak kena pegi jugak... lapar beb. makan tak sedap merungut sorang-sorang.
 
minggu pertama disini aku tak lekat langsung di bilik pada waktu petang.. walaupun aku bawak jugak PS2 aku tapi PS2 tu jadi bahan perhiasan aje kat dalam bilik. muehehehe aku pegi memancing udang galah lah... best giler!!. terus terang aku katakan yang aku ni sengal sikit dalam bab memancing udang galah nih.. penuh ngan seni ngan lemah lembut, tak boleh nak berkasar langsung.. hai udang galah.. nasib baik la ko sedap, kalau ko tak sedap tak la aku gile nak memancing ko.. kalau nak menancing udang kat sini tak susah. kita boleh memancing dari tepi sungai aje. tak payah nak sewa sampan. tapi kalau dapat sewa sampan tu lagi bagus. set pancing udang diperlukan dan penggunaan tali tangsi yang paling halus yang mempunyai kekuatan 5lbs pun dah memadai kerana tarikan udang tak la sehebat ikan di laut. tapi jangan sangka udang yang kecik tu tak mempunyai tarikan yang power. sekali sekala terkena yang bersaiz bagak gerenti terperanjat dan terkejut sekejap dengan tarikannya seolah olah seperti terkena ikan duri. mata kail jugak kena ambik kira kalau boleh gunakan mata kail udang galah bersaiz 4 - 8. kalau asyik rabut aje tukarkan kepada mata yang lebih kecil. Insya Allah kalau ada rezeki tu dapat la. penggunaan umpan jugak agak berlainan dengan udang galah di tempat-tempat lain. Diet udang disini lebih menggemari jantung ayam yang dipotong halus-halus dan cacing tanah yang bersaiz XL. kalau ada saiz S atau M, letakla banyak sikit kat mata kail tu.
 
minggu kedua pulak aku beralih angin pulak. balik aje dari keje terus pegi ke pasar basah untuk membeli sedikit udang, 2-3 ekor ikan kembung dan seekor 2 sotang untuk dibuat umpan memancing ikan pulak.


Start your day with Yahoo! - make it your home page

menjala di jeram

ahad lepas aku ngan 4 orang lagi member gi menjala kat janda baik. nak tau selanjutnya...
sila tunggu...

Thursday, August 11, 2005

Menanti Keajaiban

Tak semudah bagiku untuk bisa meredakan resahku
Meski kucoba menyangkal
Sungguh merisaukan benakku
Aku memimpikan malaikat
Berkenan menemani aku
Tuk sekedar melipurkan hati
Dengan setulus hati

Betapa aku telah lama tinggalkan binary di hatiku
Atau mungkin kan tertawa
Namun jiwaku terasa . jauh

Tak lelah kupandang langit
Berjuta harap ku menanti penuh harap
Kumenanti keajaiban datang dan menghampiriku
Oh ..Aku tak tahu apa yang kan kutemui

Aku masih menunggu dan menunggu
Berharap akan datang keajaiban ..
Seharusnya aku tak patut bersedih

Wednesday, August 10, 2005

Sg Kemena

isk.. ni kali ke-2 aku menaip pasal entry aku out station nih.. kalau tak jadi jugak aku takmo tulih dah pasal bintulu nih...



aku pegi tak la lama sangat kalau dibandingkan dengan officemate aku yang lain. nak tau sebabnya kenapa?? sebab hujung minggu ni aku kena gi ke terengganu, ade game kat sana. mueheehehe sampai hari selasa tu. tu yang best.



sepanjang aku kat bintulu tu petang petang aku selalu gak gi mancing. mancing udang galah ada, mancing ikan laut ada. kalau pasang surut air cun waktu petang, comfirm aku gi mancing ikan. kalau pasang surut tak best aku gi mancing udang galah. tapi terus terang aku cakap, aku ni kalau bab mancing udang galah nih memang sengal sikit. hehehe, penuh ngan seni. kena lemah lembut... tak leh kasar-kasar.



Tips untuk memancing udang galah :-

1. set joran dan kekili mestilah ringan dan kecil.

2. tali utama kalau boleh mesti kurang dari 8lbs. lebih kecil lebih bagus

3. tali perambut gunakan la yng jenis tahan lasak dan halus sebab udang takkan makan kalau dia nampak perambut

4. mata kail pakai la yang jenis mata kail special untuk udang sahaja, kalau nak pakai utk ikan, pakai la yang halus.

5. umpan yang boleh digunakan ialah cacing, perumpun, jantung ayam, hati ayam, hotdog.



http://sebarau.fotopages.com utk melihat gambar

PESUMA 2005

kali ni Pesta Sukan Ukur Se Malaysia (PESUMA) dibuat kat Terengganu... makang kepok lekor pagi2. hehehe... boleh dikatakan sukan kali ni meriah la jugak...



wow!! upacara pembukaan siap ada pertunjukan bunga api.. malam dinner ade awek2 berbaju kebaya yang cun melecun. upacara penutup ada acara tarik tali - bos2 aje yang kena tarik -.



KL dapat tempat ke2 keseluruhan. kalah 1 mata je ngan tuan rumah.

Wednesday, August 03, 2005

pening

susahnya nak update blog ni... asyik mengong jek