Thursday, November 17, 2005

Kenali ikan : Wahoo


Keluarga : Scombridae
Nama Lain : -
Nama saintifik : Acanthocybium Solandri
Ciri Fizikal : Berbelang 24 hingga 30 biru gelap bersama warna cerah atau silver
Diet : anak ikan dan sotong
Habitat : Ikan epipelagik hidup 0 - 12 meter dari permukaan
Taburan : Kawasan subtropika dan tropika termasuk Carribean dan Mediterranean
Tempatan : Luar pantai semenanjung (50 batu nautika dari persisiran) dan terumbu karang di sabah

Monday, November 14, 2005

Pantai Acheh

Sabtu lepas sekitar jam 2.30 petang lepas makan tengah hari aku, rauf dan raja pegi mancing lagi.. lubuk yang kami lawati ialah di Pantai Acheh di Port Klang. Lepas persiapan dibuat kita orang pun memulakan perjalanan ke sana. masa untuk sampai ke sana mengambil masa kira kira 1 jam.. untuk ke sana mesti la korbankan kebersihan kete sebab jalan untuk sampai ke tempat tu kena off road.. penuh berselut kete aku time tu.. bila tengok je kete tu bila sampai ke Pantai Acheh tu nampak macam kete bajak sawah...
 
tempat dah jumpa.. port dah di ambil.. haa apa lagi.. set pancingan ringan pun dipasang la untuk menduga ikan yang bermastautin di lubuk tu.. kaedah pancingan yg kita orang gunakan tak lain tak bukan pancingan dasar.. ikan ikan kat muara ni ngan cara ni je paling efektif selain casting gewang... lepas umpan ditancap pada mata kail.. terus baring la sambil makan makan.. macam berpiknik pulak aku rasa time tu.. hehehe
 
Raja yang memula sekali dapat ikan. tapi ikan tu biasa jek.. ikan gelama. tak la besar mana pun.. lebar 3 jari je ikan tu. kalau saiz yang besar tu lagi baik buat ikan masin je.. hehehe. tak lama lepas tu joran yang aku gunakan di sentap rakus oleh sang ikan.. bukan main kuat lagi sentapannya.. setelah tali dikarau aku, ikan yang tersangkut dimata kail aku tu melompat bagaikan si ikan bulan.. bila dah hampir dengan tebing rupanya sangkaan aku meleset, bukan ikan bulan tapi ikan senangin! 1st time aku dapat ikan senangin disitu. ini merupakan rekod peribadi aku. walaupun ikan tu hanya seberat 300 gram tapi sudah cukup membuatkan aku puas hati. lebih kurang setengah jam lepas tu rauf pulak melayan rentapan si ikan. pancingnya mengena baby pari yang lebih glamer ngan nama "tuka". lepas tu kita orang bersilih ganti menaikkan gelama sehingga air surut. gelama yang kita orang dapat campur ikan buntal adala lebih kurang 18 ekor. ada yang dilepaskan balik dan ada yang dibawa pulang. yang mana kecik kecik tu lepas la balik sebab kalau makan pun bukannya berisi sangat pun.. kasi la dia besar sikit.. lebih kurang jam 9.00 malam kita pun balik la sebab air dah mula surut dan tiada ikan pada waktu tu.. nak tunggu air pasang balik mau berjam jam nak tunggu.
 
di pantai acheh ni la aku pernah menaikkan 2 ekor gemang seberat 1.7kg dan 2kg. yang lain lain tu banyak ikan ikan yang kecik kecik je..


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

Thursday, October 27, 2005

Senyum

Terima kasih banyak banyak pada Hasliana Hadi sebab sudi kasi kuih raya kat aku... toche ye wak.. bukan senang nak dapat kuih raya dari sarawak nih.. terima kasih jugak pada mat koi sebab ko kasi kuih tu kat aku..

semalam dapat mc sebab aku operate "ketumbuhan" kat pipi kiri ni... huwaaa nasib baik tak berbuka kat luar.. muka bengkak tahap tenuk semalam semalam.. tapi skang ni dah kurang dah.. kalo nak ajak berbuka kat luar pun takpe.. hehehe

semalam jugak aku gi berbuka puasa kat umah pakcik aku kat ampang.. pucuk di cita ulam mendatang! sebenarnya aku memang nak beli akuarium yang besar sikit dari yang sedia ada sekang sebab ikan pun dah membesar.. kebetulan kat umah pakcik aku tu ada 2 bijik akuarium tak dah terbia.. katanya takde mood nak bela ikan.. hahahaha senyum besar aku malam tadi.. 2 biji akuarium tu pakcik aku kasi kat aku FOC... nak beli sebijik tapi sekali dapat 2 bijik.. ikan ape la yang patut aku bela skang ni.. dah ada 3 bijik akuarium dah skang ni.. nak bela ikan ape ek?

hari ni takde topik mancing.. tak pegi kemana pun sepanjang minggu ni.. sibuk shooping maa.. mana ada masa nak mancing...

Thursday, October 20, 2005

Menjala di West Port Part 2

hehehe time pose pose pun sempat jugak aku ngan bebudak umah yang lain pegi menjala kat lubuk 'somewhere' kat west port klang. malam tadi lepas berbuka puasa masing masing lepak sambil layan astro. lebih kurang pukul 10 mlm kita orang pun bertolak ke west port guna pajero member aku... huwahhh kalo dapat guna lagi pajero nih, mau aku ngan bebudak umah pegi sungai lembing... mancing kat sana pulak!!... isk, asyik mancing je aku ni kan.. takde mende lain ke nak pikir.. ape pun aku suka ngan hobi aku ni.. paling tidak pun tak payah la aku ke pasar beli udang bila teringin nak makan udang... hehehe. kat bazar ramadan yg tak jauh dari rumah aku memang cekik darah sungguh. udang masak merah yg tak besar mana pun saiznye dijual dengan rege RM3 2 ekor... ade patut ke??

haa.. kat sini ada beberapa tips kalau ada antara korang yg bercadang nak pegi menjala jugak.. antaranya ialah:
1. korang mesti ada jala.
2. bawak bekalan air bersih yg banyak.. (udang idup kat air masin, bila menjala badan sure kotor)
3. bawak la pakaian yg kering ngan tuala.
4. lampu suluh/pelita karbait.. (kalau menjala waktu malam)
5. ais box (nak simpan udang)
6. kasut getah/ kasut buruk tapi tapaknya ok lagi... (takut takut ada mende tajam kat dlm air)
7. makanan dan minuman..
8. parang

Thursday, October 13, 2005

siakap oh siakap

malam tadi aku ngan 2 orang lagi budak rumah pegi kolam memancing kat Sentul... fuhh gian beb lama tak pegang joran. lepas bukak puasa kat rumah.. lebih kurang jam 8.30 mlm aku pun membakar le semangat 2 orang lagi tu pegi mancing sama sama. kalau sorang sorang mampos aku tak nak.
 
rumah aku ngan kolam mancing tu tak la jauh sangat.. 5 minit je driving.. muahahahaha. hari hari boleh mancing.. tu pun kalau ada RM lebih... sejam RM10 tu... kalau dapat ikan tak jugak.. kalau balik ngan tangan kosong... berbaloi ke bayor sejam RM10. sekali masuk kena deposit RM50.. minima mancing 3 jam.. RM30 terbang senang senang je... hummm kalau aku ni anak orang kaya confirm aku bukak 1 kolam mancing!!! kaya ooo
 
sampai je kat kaunter.. aku pun bayar la RM50 utk 3 jam mancing.. balance RM20 lagi time balik kang baru dapat... umpan udang aku beli 2 ekor je ngan rege RM1 sekor.. bila dah ready semuanya, kita orang pun carik port yang sesuai (kena tgk jugak kat area mana port ikan selalu lepak/sembunyi..). bila dah dapat.. masing masing mengeluarkan set ringan (joran + kekili) utk beradu nasib... kalau korang nak tau ni la 1st time aku masuk kat kolam Sentul Sportfishing Centre tu...
 
umpan udang yg aku beli tadi aku cangkukkan mata kail diekornya, kesian jugak aku nengok udang tu... tapi nak buat cemana kan.. dah itu lumrah. teknik yg aku gunakan ialah teknik berpelampung, baru je 20 minit mancing tetiba pelampung aku tenggelam laju, sebab dah tau ada ikan makan tak la aku teruja sangat.. aku pun sembat la balik joran aku tu.. tal sampai 5 minit berlawan ikan siakap lebih kurang 2kg menyerah kalah... hmmm tak la power mana pun ikan kolam ni.. tapi kalau siakap liar.. jgn main main beb.. perambut 50lbs pun boleh putus dibuatnya...
 
3 jam mancing aku dapat sekor, housemate aku hery sekor jugak, huosemate aku lagi sorang Rauf 2 ekor... tangkapan ikan terbesar si Hery yang dapat.. ikan terbanyak si Rauf yang dapat.. aku..?? aku dapat makan ikan siakap malam tadi... hahahaha.. besh wooo ikan fresh...


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

Wednesday, September 14, 2005

Miri - Bintulu

isnin yg lepas baru je sampai ke Miri... memang ada terasa sikit kemalasan dalam diri ni nak gi outstation. tapi nak buat cemana, aku ni org bawahan aje, bak kata org pegawai kaberet aje..

selasa aku ngan sorang lagi opismate aku pegi pasang kamera udara kat dalam kapal terbang yg goverment sewa. nama kampeni tu Layang-Layang Aerospace.

rabu, hari ni.. aku ngan opismate aku terbang ngan kapal terbang dari jenis Skyvan milik LLA pegi ke Bintulu.. perjalanan ambik masa 1 jam 10 minit utk sampai... slow tahap siput sedut kapal terbang ni...

Friday, September 09, 2005

kena outstation lagik

minggu ni cuma 2 hari je ada kat opis..

minggu depan kena outstation lagi, [cari duit raya maa]. kali ni aku ke Bintulu. dalam tahun ni 2 kali aku ke Bintulu. hadooiii penat la.. nasib baik ada joran ngan PS2 aku tu buat penaman siang dan malam. aku pegi tak lama, cuma 3 minggu jek..

Thursday, August 25, 2005

cakap cakap

tak rugi kalau
- amalkan konsep tangkap dan lepas demi menjaga pembiakan spesis dimasa-masa yang akan datang.
Salim : susah sangat ke nak pratikkan amalan tu ??
Khal : (dalam hati) Ni la yang aku hangin satu badan ni kalau datang mancing ngan editor majalah, asyik nak lepas aje ikan yang aku dapat!!.. nak harapkan dia, anak berudu pun tak nampak kelibat

dah pasti rugi kalau
- tak amalkan konsep tangkap daan lepas kerana dimasa-masa yang akan datang kita akan kehilangan padang-padang pancing untuk merialisasikan impian kita utk bertarung dengan spesis-spesis dari kalangan predator seperti kelah, toman, haruan dan sebagainya.
Khal : Kalau setakat nak mancing ikan seluang, tak la aku beli set pancing yg mencecah ribuan ringgit nih!!! waaa!!! jatuh rugi!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

khabarnya
- sentiasa pulang dari memancing dengan hasil yang diperolehi lebih utk makan sebulan
Milah : Besarnye!!!... ikan apa ni bang ??
Rais : Ini la namanya ikan seluang buluh, raja ikan kat lautan sana. nak naikkan ikan ni abang bertarung hampir lima jam, bagai nak putus urat lengan abang nih!!

rupanya
- dah berpuluh kali turun laut, tak pernah dapat hasil
(kat pasar ikan) Rais : Ikan yang besar ni berapa ringgit sekor bang?!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menggigil lutut lutut

petang semalam on the way nak balik umah moto aku rosak lagi... karburator dia meragam, terpaksa menolak moto lebih kurang 100 m utk sampai ke rumah. fuhhh!! penatnye jgn cerita la.. dah la berat nak mampos moto tu, lagi pun dah lama betul tak tolak moto. yang aku sedihnye, takde sorang umat di muka bumi ni nak tolong aku time aku jadi cenggitu.. uwaaa rasa hampeh je waktu tu. time tgh layan tolak moto sengsorang, menggigil lutut dibuatnya.. ade sorang pakcik tgh jalan kaki tegur aku "haa.. apasal tu?" "moto habis minyak pcik." warghh kah kah kah cover malu woo takmo cakap karburator rosak...
 
berkenaan dengan blog si tipah saja aku 'paste'kan lirik lagu XPDC - Tangis Darah. bukannya apa pun saje je kasi komen pasal hati pedih tu. pstttt... memang hati aku skang ni tengah pedih pun.
 
Datang musim bercinta
Entah asal mana
Hadir satu daya
Mencipta seri maya
Untuk melamar hati sang pemuja

Menjelma rindu bagai lalang-lalang
Kau pun di susuk hilang pertimbangan

Mula menyimpan dendam
Mencari ilham
Lepaskan geram
Kau tiraikan kaca diri
Kau lenyapkan erti suci

Di pintu gua kau tenunkan sarang yang sempurna
Menggoda mangsa yang leka seketika

Aku yang bosan kesepian
Mengintai ngintai persinggahan
Mana tahu jadi kawan

Ku telan saja luahanmu
Tak periksa lintasan ku
Yang berkata kemungkinan kau berdusta
Kau ikut buta perasaan
Biar jiwa ku dah kesan
Senyumanmu ternampakku permainan
Ku yang dahaga
Dah tak kira akibatnya
Apa saja Esok lusa
Luka parah
Tanggis darah
 
esok aku cuti sbb nak pegi Besut, mancing. yaaaahoooo. hari isnin depan outstation ke Kelantan kena mbik gambo area Bachok. Arghhh!!! tak suka nye aku pegi sane!!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

Wednesday, August 24, 2005

berpinau

hmmm.. pening sorang sorang aku dari tgh hari sampai la ke petang ni... asyik dok tgk coding html... berpinau mata biru ku ini.. ahkss

keh keh keh.. ape la punya coding ni.. kasi la senang sikit. kalau suh buat aerial photography tu aku reti la...

enyway siap jugak blog aku yg simple nih.. mana yg tak lengkap karang karang aku baiki.. buat sengsorang beb.. mana ada owang lain tolong... dah kira cukup bagus le ni...

Monday, August 15, 2005

interface yang baru

hehehe saje je tukar interfce tu... yg dulu tu cuba cuba jek...
skang ni tukar yg ni sebab interface yg baru tgh dibuat... ade pening skit ngan interface yang baru ni...

Bintulu

muehehe dah lama gile tak update blog nih.. sorry ek bukannya apa pun kat Bintulu tuh susah nak carik cyber cafe... kalau pub tu berlambak la. sana sini sinun ada pub... kat dalam pub mana ada online pc!! tu yang tak ber update blog ni... skarang ni baru la dapat nak update semula.. 3 minggu kat Bintulu tak banyak aktiviti yang aku lakukan selain joging kat landasan airport Bintulu yang lama tu.. macam keje dan makan angin pulak aku rasa time aku ke bintulu nih.. mana tak nya cuaca kurang bagus untuk keje yang aku buat. ini la keadaan cuaca yang berawan dan menyukarkan aku untuk menyiapkan keje yang ditugaskan. 1st time aku di Bintulu boleh kukatakan Bintulu salah 1 bandar yang berhampiran ngan laut dan mempunyai struktur jalan yang bagus... tak macam bandar yang lain.. jalannya banyak yang rosak dan bertampal-tampal.. tapi yang tak beshnya makan memang ada susah sikit aar nak carik. kena jalan jauh sikit baru leh dapat makan sedap. nak taknak kena pegi jugak... lapar beb. makan tak sedap merungut sorang-sorang.
 
minggu pertama disini aku tak lekat langsung di bilik pada waktu petang.. walaupun aku bawak jugak PS2 aku tapi PS2 tu jadi bahan perhiasan aje kat dalam bilik. muehehehe aku pegi memancing udang galah lah... best giler!!. terus terang aku katakan yang aku ni sengal sikit dalam bab memancing udang galah nih.. penuh ngan seni ngan lemah lembut, tak boleh nak berkasar langsung.. hai udang galah.. nasib baik la ko sedap, kalau ko tak sedap tak la aku gile nak memancing ko.. kalau nak menancing udang kat sini tak susah. kita boleh memancing dari tepi sungai aje. tak payah nak sewa sampan. tapi kalau dapat sewa sampan tu lagi bagus. set pancing udang diperlukan dan penggunaan tali tangsi yang paling halus yang mempunyai kekuatan 5lbs pun dah memadai kerana tarikan udang tak la sehebat ikan di laut. tapi jangan sangka udang yang kecik tu tak mempunyai tarikan yang power. sekali sekala terkena yang bersaiz bagak gerenti terperanjat dan terkejut sekejap dengan tarikannya seolah olah seperti terkena ikan duri. mata kail jugak kena ambik kira kalau boleh gunakan mata kail udang galah bersaiz 4 - 8. kalau asyik rabut aje tukarkan kepada mata yang lebih kecil. Insya Allah kalau ada rezeki tu dapat la. penggunaan umpan jugak agak berlainan dengan udang galah di tempat-tempat lain. Diet udang disini lebih menggemari jantung ayam yang dipotong halus-halus dan cacing tanah yang bersaiz XL. kalau ada saiz S atau M, letakla banyak sikit kat mata kail tu.
 
minggu kedua pulak aku beralih angin pulak. balik aje dari keje terus pegi ke pasar basah untuk membeli sedikit udang, 2-3 ekor ikan kembung dan seekor 2 sotang untuk dibuat umpan memancing ikan pulak.


Start your day with Yahoo! - make it your home page

menjala di jeram

ahad lepas aku ngan 4 orang lagi member gi menjala kat janda baik. nak tau selanjutnya...
sila tunggu...

Thursday, August 11, 2005

Menanti Keajaiban

Tak semudah bagiku untuk bisa meredakan resahku
Meski kucoba menyangkal
Sungguh merisaukan benakku
Aku memimpikan malaikat
Berkenan menemani aku
Tuk sekedar melipurkan hati
Dengan setulus hati

Betapa aku telah lama tinggalkan binary di hatiku
Atau mungkin kan tertawa
Namun jiwaku terasa . jauh

Tak lelah kupandang langit
Berjuta harap ku menanti penuh harap
Kumenanti keajaiban datang dan menghampiriku
Oh ..Aku tak tahu apa yang kan kutemui

Aku masih menunggu dan menunggu
Berharap akan datang keajaiban ..
Seharusnya aku tak patut bersedih

Wednesday, August 10, 2005

Sg Kemena

isk.. ni kali ke-2 aku menaip pasal entry aku out station nih.. kalau tak jadi jugak aku takmo tulih dah pasal bintulu nih...



aku pegi tak la lama sangat kalau dibandingkan dengan officemate aku yang lain. nak tau sebabnya kenapa?? sebab hujung minggu ni aku kena gi ke terengganu, ade game kat sana. mueheehehe sampai hari selasa tu. tu yang best.



sepanjang aku kat bintulu tu petang petang aku selalu gak gi mancing. mancing udang galah ada, mancing ikan laut ada. kalau pasang surut air cun waktu petang, comfirm aku gi mancing ikan. kalau pasang surut tak best aku gi mancing udang galah. tapi terus terang aku cakap, aku ni kalau bab mancing udang galah nih memang sengal sikit. hehehe, penuh ngan seni. kena lemah lembut... tak leh kasar-kasar.



Tips untuk memancing udang galah :-

1. set joran dan kekili mestilah ringan dan kecil.

2. tali utama kalau boleh mesti kurang dari 8lbs. lebih kecil lebih bagus

3. tali perambut gunakan la yng jenis tahan lasak dan halus sebab udang takkan makan kalau dia nampak perambut

4. mata kail pakai la yang jenis mata kail special untuk udang sahaja, kalau nak pakai utk ikan, pakai la yang halus.

5. umpan yang boleh digunakan ialah cacing, perumpun, jantung ayam, hati ayam, hotdog.



http://sebarau.fotopages.com utk melihat gambar

PESUMA 2005

kali ni Pesta Sukan Ukur Se Malaysia (PESUMA) dibuat kat Terengganu... makang kepok lekor pagi2. hehehe... boleh dikatakan sukan kali ni meriah la jugak...



wow!! upacara pembukaan siap ada pertunjukan bunga api.. malam dinner ade awek2 berbaju kebaya yang cun melecun. upacara penutup ada acara tarik tali - bos2 aje yang kena tarik -.



KL dapat tempat ke2 keseluruhan. kalah 1 mata je ngan tuan rumah.

Wednesday, August 03, 2005

pening

susahnya nak update blog ni... asyik mengong jek

Tuesday, July 12, 2005

ikan lalang di Kenyir

di tasik kenyir, lazimnya toman dan sebarau giat diburu. bila malam menjelma, baung dan belida pula disasarkan. 20 tahun semenjak kenyir dibuka kepada umum, inilah satu-satunya formula yang menjadi amalan pemancing disini. namun tidakkah korang kecewa dengan habuan yang semakin merundum? seharusnya korang tak boleh berharapan tinggi seperti mana 10 tahun dulu. kalau dulu, toman 6kg adalah matlamat utama, skarang ni 3kg kalau dapat pun dah cukup hebat. kalau dapat yang lagi besar dari tu, itu susah dikira BONUS.

satu lagi cara untuk menghilangkan rasa kecewa ialah dengan mencari ikan lain agar dapat memujuk hati yang duka lara. pernah tak korang dengar nama ikan lalang?? ikan lalang (chela anomalura) walaupun kecil dan hanya boleh mencecah saiz maksimum 20cm, tapi boleh menyeronokkan sesiapa sahaja.. terutamanya yang baru kenal pancing.

diet ikan lalang ni agak komplek ikan ni lebih kurang ikan seluang, sukakan serangga, roti dan juga nasi. nak cangkuk nasi kat mata kail?? pandai-pandai la korang pikirkan bagaimana. tapi umpan terbaik adalah ikan pusing; ikan bilis air tawar. ikan lalang senang dipancing pada waktu malam dan lokasi terbaik adalah di tepi resort je. cahaya lampu yang di pasang atas rakit tepi resort akan menarik perhatian pelbagai jenis ikan sama seperti kat laut.

ikan pusing; orang tempatan yang kasi gelaran kat ikan tu sebab ikan ni suka sangat berpusing-pusing bawah cahaya lampu kalimantang yang dipasang dekat dengan permukaan air. muncul je ikan pusing, ikan lalang ni akan menyerang hendap dari kawasan gelap (taktik gerila). ikan pusing utk dibuat umpan senang sangat ditangkap. perhatikan arah dia berpusing pastu tanggguk la arah bertentangan renangannya. sekali sauk berpuluh yang masuk dalam sauk... syok woooo.

sama ada umpan kita tu hidup atau mati, ikan lalang ni cukup cukup pantang jumpa ngan ikan pusing (musuh tradisi dia agaknya kot), jumpa je makan, jumpa je makan. kalau nak layan, korang pakai la set joran pancing udang bertalikan 6lbs ke bawah. mata kail boleh diikat terus atau letakkan ladung saiz 1 atau batu kapit (tujuan kasi cepat skit tenggelam), yang penting mata kail mesti la kecik dan tajam. kalau tak tajam sori la beb... melepasssss

cara pasang umpan sama macam cangkuk ikan bilis laut tu. tembuskan mata kail pada mata ikan pusing utk ikan yg dah mati, kalau hidup kesian dia jadi Kassim Selamat pastu hulurkan kaat bawah sinaran lampu kalimantang tu. ikan lalang ni selalu berlegar-legar di merata tempat dan paras kedalaman, tapi spesimen yang bersaiz bagak selalu bersembunyi di kawasan yang gelap dan dalam, manakala yang kecik-kecik berkuasa di permukaan air.

populasi ikan lalang kat kenyir sangat tinggi. korang boleh mancing berjuta ribu ratus ekor ikan ni. kalau dapat ikan yang kecik lepas kan la balik, jangan korang rembat jugak, sian mak bapak ikan tu. walaupun ikan ni ada bau hanyir tahap maksima, tapi kalau digoreng begitu sahaja pun sodappp. kasi cantas kepalanya, letak sikit serbuk kunyit ye puan-puan dan gorengggg. waduhhhhh enaknya ikan lalang ni, kalau tak pecaye, try test la!!

T.A Jalli open table

terima kasih buat T.A Jalli sebab open table kat restoran 2000 setiawangsa sebab dia dapat keje ngan syarikat FUGRO. wah lepas ni lebat la poket kau ngan not not pound sterling ek T.A Jalli. Tahniah utk kau. 7 orang budak budak nakal makan pree semalam sempena meraikan pemergian ko ke Saudi nanti. Raje, Phaok, Ajit, Ca'a, Dato' Bahaman Jemay dan siapa lagi kalau bukan aku; Khal.


pecah n boncit perut sebab makanan tak henggat banyaknya.. ngalahkan kenduri nikah kawin..!! adusss rasa macam nak terkluar balik dibuatnya. air minum dah macam 1 jag sorang. dah settle semua makanan rasa cam tak cukup... tambah pulak dengan satay... memang penderaan secara halus kau buat pada kami T.A Jalli.


apa pun aku nak ucapkan selamat dunia akhirat utk kau.. keje bagus bagus, kalau dapat awek awek cun tu jgn lupa kenalkan dia orang kat kami, ahaksss.. balik malaysia nanti jgn le lupa dtg jenguk member-member ko kat sini..

Monday, July 11, 2005

percubaan demi percubaan

test gambo
test link - http://jurnal.biz
test quote -

hari hari makan lemang, sampai muka ni pun dah nak jadi cam lemang....

test kaler - merah biru ijo itam kuning

jgn maraaaa aaa...

perasmian khal.blogspot

jeng jeng jeng... assalamualaikum dan salam sejahtera... hehehe... uhukk uhukk uhukkkk... dengan titik peluh sendiri walaupun pembikinan blog ini tidak mengeluarkan peluh sebab berada di atas kawasan pergunungan Kilimanjaro, sejuk tuh, mana leh kluar peluh... dengan ini saya khal melancarkan khal.blogspot dengan ucapan selalu-selalulah menjenguk blog saya ni kalau nak tau serba sedikit pasal ilmu-ilmu memancing yang ada dalam kepala hotak saya ni.. hehehe.. jgn lupa ek...