muehehe dah lama gile tak update blog nih.. sorry ek bukannya apa pun kat Bintulu tuh susah nak carik cyber cafe... kalau pub tu berlambak la. sana sini sinun ada pub... kat dalam pub mana ada online pc!! tu yang tak ber update blog ni... skarang ni baru la dapat nak update semula.. 3 minggu kat Bintulu tak banyak aktiviti yang aku lakukan selain joging kat landasan airport Bintulu yang lama tu.. macam keje dan makan angin pulak aku rasa time aku ke bintulu nih.. mana tak nya cuaca kurang bagus untuk keje yang aku buat. ini la keadaan cuaca yang berawan dan menyukarkan aku untuk menyiapkan keje yang ditugaskan. 1st time aku di Bintulu boleh kukatakan Bintulu salah 1 bandar yang berhampiran ngan laut dan mempunyai struktur jalan yang bagus... tak macam bandar yang lain.. jalannya banyak yang rosak dan bertampal-tampal.. tapi yang tak beshnya makan memang ada susah sikit aar nak carik. kena jalan jauh sikit baru leh dapat makan sedap. nak taknak kena pegi jugak... lapar beb. makan tak sedap merungut sorang-sorang.
minggu pertama disini aku tak lekat langsung di bilik pada waktu petang.. walaupun aku bawak jugak PS2 aku tapi PS2 tu jadi bahan perhiasan aje kat dalam bilik. muehehehe aku pegi memancing udang galah lah... best giler!!. terus terang aku katakan yang aku ni sengal sikit dalam bab memancing udang galah nih.. penuh ngan seni ngan lemah lembut, tak boleh nak berkasar langsung.. hai udang galah.. nasib baik la ko sedap, kalau ko tak sedap tak la aku gile nak memancing ko.. kalau nak menancing udang kat sini tak susah. kita boleh memancing dari tepi sungai aje. tak payah nak sewa sampan. tapi kalau dapat sewa sampan tu lagi bagus. set pancing udang diperlukan dan penggunaan tali tangsi yang paling halus yang mempunyai kekuatan 5lbs pun dah memadai kerana tarikan udang tak la sehebat ikan di laut. tapi jangan sangka udang yang kecik tu tak mempunyai tarikan yang power. sekali sekala terkena yang bersaiz bagak gerenti terperanjat dan terkejut sekejap dengan tarikannya seolah olah seperti terkena ikan duri. mata kail jugak kena ambik kira kalau boleh gunakan mata kail udang galah bersaiz 4 - 8. kalau asyik rabut aje tukarkan kepada mata yang lebih kecil. Insya Allah kalau ada rezeki tu dapat la. penggunaan umpan jugak agak berlainan dengan udang galah di tempat-tempat lain. Diet udang disini lebih menggemari jantung ayam yang dipotong halus-halus dan cacing tanah yang bersaiz XL. kalau ada saiz S atau M, letakla banyak sikit kat mata kail tu.
minggu kedua pulak aku beralih angin pulak. balik aje dari keje terus pegi ke pasar basah untuk membeli sedikit udang, 2-3 ekor ikan kembung dan seekor 2 sotang untuk dibuat umpan memancing ikan pulak.
Start your day with Yahoo! - make it your home page

No comments:
Post a Comment