petang semalam on the way nak balik umah moto aku rosak lagi... karburator dia meragam, terpaksa menolak moto lebih kurang 100 m utk sampai ke rumah. fuhhh!! penatnye jgn cerita la.. dah la berat nak mampos moto tu, lagi pun dah lama betul tak tolak moto. yang aku sedihnye, takde sorang umat di muka bumi ni nak tolong aku time aku jadi cenggitu.. uwaaa rasa hampeh je waktu tu. time tgh layan tolak moto sengsorang, menggigil lutut dibuatnya.. ade sorang pakcik tgh jalan kaki tegur aku "haa.. apasal tu?" "moto habis minyak pcik." warghh kah kah kah cover malu woo takmo cakap karburator rosak...
berkenaan dengan blog si tipah saja aku 'paste'kan lirik lagu XPDC - Tangis Darah. bukannya apa pun saje je kasi komen pasal hati pedih tu. pstttt... memang hati aku skang ni tengah pedih pun.
Datang musim bercinta
Entah asal mana
Entah asal mana
Hadir satu daya
Mencipta seri maya
Untuk melamar hati sang pemuja
Menjelma rindu bagai lalang-lalang
Kau pun di susuk hilang pertimbangan
Mula menyimpan dendam
Mencari ilham
Lepaskan geram
Kau tiraikan kaca diri
Kau lenyapkan erti suci
Di pintu gua kau tenunkan sarang yang sempurna
Menggoda mangsa yang leka seketika
Aku yang bosan kesepian
Mengintai ngintai persinggahan
Mana tahu jadi kawan
Ku telan saja luahanmu
Tak periksa lintasan ku
Yang berkata kemungkinan kau berdusta
Kau ikut buta perasaan
Biar jiwa ku dah kesan
Senyumanmu ternampakku permainan
Ku yang dahaga
Dah tak kira akibatnya
Apa saja Esok lusa
Luka parah
Tanggis darah
esok aku cuti sbb nak pegi Besut, mancing. yaaaahoooo. hari isnin depan outstation ke Kelantan kena mbik gambo area Bachok. Arghhh!!! tak suka nye aku pegi sane!!!
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

No comments:
Post a Comment